Monday, January 02, 2017

2017 - Didoakan agar allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga

Esok merupakan hari persekolahan bermula bagi tahun 2017. Banyak kenangan manis, suka duka, kecewa dan gembira di sepanjang 2016. Jadikan pengalaman lalu sebagai pedoman hidup yang mendatang.. Percutian 2016

Thursday, January 28, 2016

Tuesday, January 26, 2016

Assalamualaikum.. 2012 - 2016.. Sekejap sahaja masa berlalu. 4 tahun. Last update blog ni. Alhamdulillah..allah ada perancangannya tersendiri. Hazmi memilih untuk menghafal alquran ketika berumur 14 tahun.. Dan sekarang umur hazmi dah mencecah 16 tahun. Sedang bertukus lumus untuk menghabiskan hafazan yg dalam sasaran umur 18 tahun. Insyaallah ibu dan ayah sentiasa doakan agar segala urusan anak2 ibu dan ayah dipermudahkan. Liya zafirah.. 2014 - sudah berusaha bersungguh2 untuk mencapai keputusan cemerlang 5A dalam upsr.. Allah lebih mengetahui.. Rezeki cuma mendapat 3A 2B. Alhamdulillah. Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Datuk Haji Ahmad Said, Sungai Dua. Aliran khas.. KAA. Usaha lagi jgn putus asa. Adik kecik darjah 5 sedang berusaha gigih untuk mencapai sasaran 5A dalam upsr taun depan.

Wednesday, September 12, 2012

LAMBAT UPDATE - HAZMI AMBIK UPSR

Assalamualaikum.. Alfatihah buat kedua ibu bapa ku yang telah kembali ke rahmatullah.. رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin. Ya Allah.. baru kuketahui bagaimana perasaan menjadi seorang ibu dan ayah.. Semalam, 11 September 2012, Hazmi mula menduduki peperiksan UPSR.. Ibu sentiasa berdoa agar Allah permudahkan untuk menjawab semua soalan dan lulus dengan cemerlang. Doa ibu sentiasa mengiringgi anak ibu.. Hari ni, merupakan hari kedua peperiksaan UPSR berlangsung.. Aku cuti lagi teman hazmi..

DOA DAN AMALAN UNTUK IBUBAPA YANG ANAK-ANAK MEREKA AKAN MENDUDUKI UPSR ESOK! | RESEPIRAHSIAKU.COM

DOA DAN AMALAN UNTUK IBUBAPA YANG ANAK-ANAK MEREKA AKAN MENDUDUKI UPSR ESOK! | RESEPIRAHSIAKU.COM