Moga-moga allah memberkati kehidupan kami sekeluarga pada minggu ini dan minggu-minggu seterusnya. Moga allah murahkan rezeki kepada kami semua.. Moga allah sentiasa melindugi anak-anakku.. Moga allah mempermudahkan perjalanan kehidupan kami sekeluarga dan kami sentiasa mengingati mu.. amin..
Anak-anak bersekolah seperti biasa hari ni.. selepas aidil adha baru bercuti panjang. Apa aktiviti cuti sekolah nanti ye? masih terfikir-fikir lagi ni. Mungkin ke Kuala lumpur lagi kot. Insyaallah..
Anak-anak adalah permata di hatiku..Didoakan anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga allah sentiasa melindungi kami sekeluarga.
Monday, November 15, 2010
Thursday, June 17, 2010
Cuti...
Dah hari rabu dah pun.. Hari ni, saya dah mula bercuti panjang.. menemani anak-anak yang masih bercuti sekolah. Sian pulak tengok angah, asyik keboringan je dok kat rumah. Nasib baik x de projek besar kat pejabat dalam minggu ni. Kalau x, tentu cuti tak diluluskan. Plan tu nak pegi KL. Tak jadi la.. mood ke sana kurang la kali ni. Jadi kita ronda kat sini je la. Pagi ni, sarapan pun dah lewat. Jadi, makan tengahari lagi la lewat nampaknya. Dlm pukul 12.00 tengahari, hubby ajak ke hospital tengok paksu, petang kerumah kak ipar, sambil sembang dan minum petang. Siap dengan popia dan cucuq cempedak lagi. Bestnye.. Malam, lepak kat rumah aje, sambil teman hubby tengok bola..
Sunday, June 13, 2010
Hari minggu yang sibuk..
Mungkin waktu sekarang ni, semua ibu-ibu yang bekerja sedang beristirehat kat rumah.. maklumlah esok dah nak start kerja. Hari ni, biasa la kan, kenduri kawin belum habis lagi. So, kami sekeluarga tunaikan undangan kenduri kawin la.. pukul 12.00 tengahari, ke Dewan Sungai Nibong - macam-macam dihidangkan oleh tuan rumah disini - nasi briani, ayam masak merah, dalca, acar timun dan daging masak kurma. Disamping tu ada Mee kari (Sedap betul mee kari ni) :), dan tak ketinggalan bubur kacang.. semua aku rasa.. mana badan tak rasa semacam je.. makan semua yang dihidangkan. Kalau perut boleh bercakap, sure dia dah marahkan tuannye... (tapi makan sikit-sikit je..). Lepas tu, ke kulim pulak. Kenduri saudara sebelah en. hubby. dah tak larat nak makan dah. kenyang sangat. makan sikit je.. nak ambik hati tuan rumah :).. Balik terus ke Tasek Gelugor (tengok rumah yang sedang di renovate). Then terus ke rumah adik kat sungai dua, butterworth hantar hp adik yang tertinggal kat rumah masa dia datang rumah tempohari.. Seterusnya ke hospital pulau pinang, tengok paksu yang sakit. Sampai rumah dah pukul 7.30 malam. letih sangat dah ni..
Saturday, June 12, 2010
Masih lagi mood kenduri kawin
Hari ni, hubby ditugaskan untuk menjadi mentara (tukang angkat hidang) kat satu majlis kenduri kawan kepada kakak iparku. Aku dan salah seorang anak dah kerumah kenduri tadi.. jadi hari ni, x masak apa2 le jawabnye.. tengok petang ni pulak camne. Boringla hari ni, x leh nak kemana2.. nak kemana ye.. Dok boring-boring tu, baik masak je kan? Lagipun hamper yang hazmi dapat semasa jadi johan pertandingan azan di karnival halal 1 malaysia belum dihabiskan lagi. Ada dadih segera dan macaroni yang belum di masak. Jadi lah dadih berperisa coklat. Sedap tau..
Friday, June 11, 2010
Humaat, Hari Penghulu Minggu..
Hari ni,aku ditugaskan untuk membacakan petikan tazkirah untuk renungan dan ingatan pada semua rakan-rakan di PPN. Tajuk tazkirah yang aku pilih pada kali ini ialah 6 PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA. Intipatinya lebih kurang begini, Solat diawal waktu, Didiklah anak-anak mengikut landasan islam. Ajarkan anak-anak mengamalkan doa harian. Hidup bersederhana, jangan membebankan suami, galakkkan suami untuk sembahyang berjemaah di masjid... sama-samalah kita ingat mengingati..Tengahari, shopping le kat care4.. ronda-ronda jamu mata je.. malam dapat berita paksu sebelah suami jatuh sakit. ada kat hospital sekarang ni.. didoakan agar paksu cepat sembuh.. esok nak ajak hubby melawat paksu..
Wednesday, June 09, 2010
Nak kemana ye?
Dah hari rabu pun.. bermakna dah pertengahan minggu. Dok berfikir-fikir lagi nak bawak anak-anak makan angin time cuti sekolah ni. Ke mana ye? Asalnye nak ke Kuala Lumpur, tapi.. tengoklah. Ada sapa-sapa boleh bagi cadangan tak? Hari ni, anak bongsu ibu tu, masam je muka bila kena hantar ke rumah mak tih. Tau, mesti tak suka tu.. tapi ibu kena keja kan? Nanti ibu cuti panjang kita g jalan-jalan ye..
Tuesday, June 08, 2010
Cuti sekolah dah bermula...
Hari ni ibu terpaksa ambil EL. Anak bongsu ibu x nak ke rumah pengasuh. Nangis2 pagi tadi coz tak nak dihantar kerumah maktih. Takkan nak tinggalkan dia ngan akak dan abang? tak tau la apa nak jadi kalau dia ditinggalkan. so, keputusannya, ibu pun cuti la jawabnye..
Thursday, June 03, 2010
Resipi
Sekadar untuk rujukan..
Nasi daging
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah
*10 ulas bawang putih
*2 sb ketumbar biji
*-disangar2 sk jintan halus/putih
*- disangar1/2 jari halia
*2 sb kismis
*4 tangkai cili hijau
*penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga2 helai daun pandan - disimpul2 batang serai - dititik
Cara2:-Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.-Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.-Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.-Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
Nasi daging
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah
*10 ulas bawang putih
*2 sb ketumbar biji
*-disangar2 sk jintan halus/putih
*- disangar1/2 jari halia
*2 sb kismis
*4 tangkai cili hijau
*penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga2 helai daun pandan - disimpul2 batang serai - dititik
Cara2:-Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.-Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.-Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.-Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
Subscribe to:
Comments (Atom)