31 Disember 2007, Orientasi kat sekolah adik. Adik dah masuk tahun 1 pun. Sekejap je anak-anak ibu ni membesar. Pagi ni susah betul nak kejutkan dia dari tidur.. maklumlah kan dah lama bercuti. Tapi pagi ni dia kena bangun gak. Ila ngan hubby bercuti hari ni kena dengar taklimat untuk murid-murid tahun satu.. Liya Zafirah binti Ramlan. Anak kedua . Tapi budak sorang ni, tak risau sangat berani sikit orangnya. Tak susah nak hantar dia ke sekolah. Pandai bawak diri. Taklimat bermula pukul 8.30. Lewat sikit kami sampai. Pukul 08.25 baru sampai kat sekolah. Maklumlah Liya, tak nak bangun awalnye. Jenuh gakla kejutkan dia baru bangun. Sampai disekolah (Sekolah Rendah Sri Aman, Air Itam Pulau Pinang.) Ibu bapa kena masuk dewan. Pelajar-pelajar kena masuk kelas untuk berkenalan dengan guru-guru masing-masing.