Friday, October 23, 2009

Jala-jala Udang

DUA BERADIK NI.. TUKANG TENGOK JE..INI DIA TUKANG JALA UDANG



ABANG DUAN DOK JALA IKAN IKAN
Best balik kampung baru-baru ni.. jala-jala ikan dan udang. pastu terus masak dan makan le... tunggu lagi..




Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa untuk semua.. anak-anak ibu, jangan tinggal puase ye.. Selamat bercuti jugak ye..

Thursday, August 20, 2009

Bila nak 5S pejabat?

Keadaan pejabat yang bersepah dan sunyi.. Ramai staf yang berkursus di Kuala Lumpur... Bila la nak kemas pejabat ni? Pagi tadi mesyuarat dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 3.30 petang. Penat betul dok dalam bilik mesyuarat tu. Anak-anak pun tak sempat nak tel... Ibu doa agar anak-anak ibu tak menghadapi apa-apa masalah masa nak kesekolah tadi..

Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS KHATAM QURAN PUTERI POS PULAU PINANG


Ustaz yang mendidik kami selama ini... Dah belas tahun dah belajar, ustaz tetap sabar dengan kerenah kami.

Tuesday, August 18, 2009

Musim demam..

Didoakan semoga semua sihat hendaknye. 4 pagi tadi, Hazmi terjaga tidur. Batuk pendek-pendek. Ibu dah susah hati ni. Semalam hujan lebat sangat. Hazmi ada asma, bila time-time cuaca sejuk macam ni, ibu risau la.. Kalau tersalah sikit, penyakit asma pasti menyerang. Ibu doa agar hazmi boleh bertahan dengan keadaan cuaca tak menentu ni. Pagi tadi dah bagi hazmi makan ubat batuk. Harap-harap tu, bolehlah sembuh. Cerita Acu pulak sekarang ni, dia dok susah hati, selepas selepas firdaus (suami acu) demam hari tu, dia tak sepenuhnya sihat lagi. Dah masuk 2 minggu ni, masih tak lalu makan .. Mudah-mudahan cepat sembuh hendaknya. Acik pulak demam jugak. Demam dah ok katanya, tapi masih pening lagi. Kena ke hospital tambah darah. Semoga allah melindungi semua... Kat office sekarang ni, pemakaian mask digalakkan. Posmen-posmen berisiko kerana terdedah dengan keadaan persekitaran kat luar. Yang bekerja kat pejabat macam saya ni pun, kena pakai. Tapi masih rimas lagi tak biasa kan.. Liya hari ni kat sekolah, mintak nak pakai mask, baguslah tu atas kehendak dia sendiri.

Monday, August 17, 2009

Balik Kampung, seronoknyer..

Majlis berendoi Ainun Syazana..


Rumah pusaka mak ngan abah..

posing sakan anak ibu ni..


Kampung ku..


Hari sabtu lepas, my hubby benarkan saya balik kampung sendiri. Thanks my hubby.. Second time drive sendiri. Sebelum ni, hubby x benarkan drive sendiri bawa anak-anak balik kampung sebab anak-anak kecik lagi. Takut diaorang buat hal dalam perjalanan. Kampung kelahiran saya di Tanjung Piandang, Perak. Banyak kenangan kat sana tau.. syahdu lah. Sebenarnya saya balik haritu sebab nak meraikan anak saudara buat majlis berendoi kat kampung. Beria dia ajak mak saudara ni balik kampung. Maklumlah, tak penah pun majlis berendoi ni, di buat dikampung. Best jugak. Diam je baby tu kat dalam ndoi tu. Selepas selesai berendoi, adalah jamuan sikit. Makan lagi... makin berisi le saye.. Layan gambar lah ye..

Friday, August 14, 2009

KELAS MASAKAN PUTERI POS, PULAU PINANG

Hari jumaat ni, kesempatan diambil oleh staff untuk belajar memasak masakan Johor. Rehat 2 jam. Ada masa le nak belajar masak. Resipi hari ni, Asam Pedas Tumis dan Gado-Gado. Ada masa nanti, bolehlah tempekkan resipinya beserta gambarnya sekali kat sini ye. Sedap la.. selalunya asam pedas kat penang ni, cair sikit.. kali ni, agak pekat dan ... sedaplah.

Cerita anak-anak pulak. Alhamdulillah, anak-anak dah sihat. Sedih tengok diaorang diserang demam panas baru2 ni. Tiga-tiga sekali pulak tu. Susah hati jugak dibuatnye.. Dah sihat ni, senang sikit hati ibu.. Syukur pada allah.

Friday, May 29, 2009

NuRuL ImAn YaNg ComEi










salam...
nak memperkenalkan si comel baby iman...umo dia baru 3 bulan...si comel ni dulu masa dalam pantang kak liya ngan kak munzirah la yang jaga...tidur pun nak tido sama ngan baby iman dlm bilik aircond...syoknya waktu tu..cepat sangat rasanya masa berlalu....
jom kita tengok gambar iman masa baru lahir....n masa dalam pantang...

Thursday, May 28, 2009

si comel Nurul_Iman

salam perkenalan....



nk memperkenalkan si comel nurul iman....umo dia baru 3 bulan..masa dalam pantang aritu...kakak liya ngan kakak munzirah la yang jaga baby iman..malam2 pun nak tidur ngn baby iman dalam bilik aircond...hehe..bestnya masa tu..cepat sangat rasanya masa berlalu..mama iman berpantang di teratak indah kekanda ila tersayang kat kampung pisang....nasib baik ada kekanda sorang ni yang sudi nak jaga mama iman sepanjang tempoh berpantang...tq kak ila..tak terbalas jasamu... :)



jom tengok gambar iman...ni masa baru lahir..malu2 lg nak buka mata....

nurul iman yang comei..




salam...









Nak memperkenalkan nurul iman yang berumur 3 bulan..si comel ni dulu masa dalam pantang kakak liya n kakak munzirah la yang jaga dia...mama iman berpantang kat teratak kekanda tersayang di kampung pisang ayer itam..nasib baik ada kekanda ila yang sudi nak jaga...

kat sebelah tu,gmbar nurul iman masa baru lahir....malu-malu lg nak buka mata...

Thursday, May 21, 2009

kenduri kak imah

majlis kenduri kak imah......

Meriah sangat...yang paling best kak zafirah la...ibu belikan baju yang cantik untuk dia..tengok...sama warna ngan baju pengantin...kak ngah la orang yang paling hepi..sebab bila time brkumpul ramai2 ni..kakngah ramai kawan..ada aina,kak amira,kak huda,ana...best friend dia aina la...


Tapi...iman nape nampak mcm tak hepi je...hehe...iman ngantuk ye...tengok camera pun tak nak dah... iman tak selesa...sebab tak dapat tidur dalam buaian...

Tuesday, May 19, 2009

Birthday Munzirah

Salam. Dah terlalu lama tak update blog ni. Buka pe, terlalu sibuk sangat kat pejabat dan dirumah. Minggu ni, abang mie ngan angah dok periksa kali kedua bagi tahun 2009. Harapan tu, anak-anak ibu berjaya hendaknya. Malam dalam pukul 7 baru sampai rumah. Mandi, masak dan makan dah pukul 10.00 malam. Baru boleh nak tengok homework anak-anak. Masa tu, dah letih sangat dah. Tapi sian kat anak-anak punya pasal, korban le segala rest time tu..

Hari Sabtu yang lepas, ipar duai nak datang rumah. Siap nak bawa bekalan sekali. Cantik la tu. Tak yah nak masak kan? Malas betulla ibu ni. Tapi untuk tambah menu, ibu masak jugak le. Masak bubur kacang. Emm sedapnye.. Kebetulan pulak hari tu jatuh hari lahir adik comel yang paling kecik sekali. Munzirah yang ke 4 tahun. Dapat kek pulak dari paksu.. bestla dia. Seronok sangat. Lihat le aksi keseronokan dia disamping menu-menu yang ada..


Monday, April 13, 2009

SUKAN SEKOLAH SRI AMAN (SABTU 11 APRIL 2009)













SUKAN SEKOLAH SRI AMAN, AIR ITAM PULAU PINANG

Liya zafirah ngan member baik dia, Farah Najihah..
Acara yang yang liya ambil bahagian, Lari 100 meter - Gangsa
okey la tu.. Tahun depan cuba lagi.. dapat emas pulak.





Muhammad Hazmi - Lapar nye dia... penat lari ke?

Thursday, April 02, 2009

Update Blog

Kenape la malas sangat nak update blog ni... Ni mesti ke tak ade idea.. Sekarang ni anak-anak sibuk dengan sukan sekolah.. setiap hari kena bawa baju sukan.. kadang2 tak sempat basuh pun baju tu, dah kena pakai semula esoknya. Liya pulak nak menang je.. kalau lari 100 meter dapat nombor 2, balik rumah masam muka je jawabnya. Dia nak menang je, maklumlah.. nama dia pun bermaksud yang beroleh kemenangan.. Hazmi pulak dapat nombor 3, cool je dia.. Lahir bulan Julai memang camtu kot.. Sabtu ni, nak balik kampung kat Tanjung Piandang Perak.. Bestnye. Tak sabar la.. Bye, jumpa lagi..

Wednesday, January 28, 2009

Cuti-cuti Langkawi

Kakak ipar & Family

Ila and Family
Pantai Chenang







Ramai sungguh yang nak ke langkawi. Mungkin semua ambil kesempatan cuti panjang sempena tahun baru cina. Kami sekeluarga pun tak terkecuali menyibukkan diri untuk kesana... Bertolak seawal jam 7.30 pagi. Turut serta ialah kakak-kakak ipar ku. Masing-masing bawa keluarga. Untuk memudahkan urusan, kami janji akan berkumpul di R&R Gurun. Dlm perjalanan ke sana terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan bas dan kereta. Teruk jugak. Bas terbalik dan kereta dah remuk. Ila cakap kat hubby, kalau kena pergi kursus, tolong lah hantarkan. Takut rasanya nak naik bas. Macam-macam dah jadi. Sampai jeti perlis, terlalu ramai orang nak ke sana.. nasib baik tiket dah dibeli sehari sebelum kami bertolak. Adik ila yang ada di perlis belikan. Terima kasih ita and husband kerana menolong, kalau tak, tak pergi lah kami ke langkawi.. Walaupun ramai sangat orang, tapi tetap enjoy, penginapan kami, di kondo istana, kuah. Nak pegi lagi.. seronokla..

Thursday, January 22, 2009

COSMART PULAU PINANG




Ronda-ronda jamu mata. Jumpa seekor binantang. Sempat bergambar, tengok le ye..

Friday, January 16, 2009

CEO POS MALAYSIA

Hari ni, Pos Malaysia Pulau Pinang meraikan kedatangan CEO Pos Malaysia Berhad. Dato' Syed Faizal Albar. Hensem lah orangnya.. baik pulak tu.. Alhamdullilah, semua dah selesai setelah berhari-hari kami bertukus lumus membuat persediaan menyambut beliau. Hari ni, 16hb Jan 2009 merupakan kehadiran pertama setelah dua bulan perlantikan CEO baru kami ni...

Friday, January 02, 2009




31 Disember 2007, Orientasi kat sekolah adik. Adik dah masuk tahun 1 pun. Sekejap je anak-anak ibu ni membesar. Pagi ni susah betul nak kejutkan dia dari tidur.. maklumlah kan dah lama bercuti. Tapi pagi ni dia kena bangun gak. Ila ngan hubby bercuti hari ni kena dengar taklimat untuk murid-murid tahun satu.. Liya Zafirah binti Ramlan. Anak kedua . Tapi budak sorang ni, tak risau sangat berani sikit orangnya. Tak susah nak hantar dia ke sekolah. Pandai bawak diri. Taklimat bermula pukul 8.30. Lewat sikit kami sampai. Pukul 08.25 baru sampai kat sekolah. Maklumlah Liya, tak nak bangun awalnye. Jenuh gakla kejutkan dia baru bangun. Sampai disekolah (Sekolah Rendah Sri Aman, Air Itam Pulau Pinang.) Ibu bapa kena masuk dewan. Pelajar-pelajar kena masuk kelas untuk berkenalan dengan guru-guru masing-masing.