Anak-anak adalah permata di hatiku..Didoakan anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga allah sentiasa melindungi kami sekeluarga.
Tuesday, August 18, 2009
Musim demam..
Didoakan semoga semua sihat hendaknye. 4 pagi tadi, Hazmi terjaga tidur. Batuk pendek-pendek. Ibu dah susah hati ni. Semalam hujan lebat sangat. Hazmi ada asma, bila time-time cuaca sejuk macam ni, ibu risau la.. Kalau tersalah sikit, penyakit asma pasti menyerang. Ibu doa agar hazmi boleh bertahan dengan keadaan cuaca tak menentu ni. Pagi tadi dah bagi hazmi makan ubat batuk. Harap-harap tu, bolehlah sembuh. Cerita Acu pulak sekarang ni, dia dok susah hati, selepas selepas firdaus (suami acu) demam hari tu, dia tak sepenuhnya sihat lagi. Dah masuk 2 minggu ni, masih tak lalu makan .. Mudah-mudahan cepat sembuh hendaknya. Acik pulak demam jugak. Demam dah ok katanya, tapi masih pening lagi. Kena ke hospital tambah darah. Semoga allah melindungi semua... Kat office sekarang ni, pemakaian mask digalakkan. Posmen-posmen berisiko kerana terdedah dengan keadaan persekitaran kat luar. Yang bekerja kat pejabat macam saya ni pun, kena pakai. Tapi masih rimas lagi tak biasa kan.. Liya hari ni kat sekolah, mintak nak pakai mask, baguslah tu atas kehendak dia sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment