Saturday, June 12, 2010

Masih lagi mood kenduri kawin

Hari ni, hubby ditugaskan untuk menjadi mentara (tukang angkat hidang) kat satu majlis kenduri kawan kepada kakak iparku. Aku dan salah seorang anak dah kerumah kenduri tadi.. jadi hari ni, x masak apa2 le jawabnye.. tengok petang ni pulak camne. Boringla hari ni, x leh nak kemana2.. nak kemana ye.. Dok boring-boring tu, baik masak je kan? Lagipun hamper yang hazmi dapat semasa jadi johan pertandingan azan di karnival halal 1 malaysia belum dihabiskan lagi. Ada dadih segera dan macaroni yang belum di masak. Jadi lah dadih berperisa coklat. Sedap tau..

Friday, June 11, 2010

Humaat, Hari Penghulu Minggu..

Hari ni,aku ditugaskan untuk membacakan petikan tazkirah untuk renungan dan ingatan pada semua rakan-rakan di PPN. Tajuk tazkirah yang aku pilih pada kali ini ialah 6 PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA. Intipatinya lebih kurang begini, Solat diawal waktu, Didiklah anak-anak mengikut landasan islam. Ajarkan anak-anak mengamalkan doa harian. Hidup bersederhana, jangan membebankan suami, galakkkan suami untuk sembahyang berjemaah di masjid... sama-samalah kita ingat mengingati..Tengahari, shopping le kat care4.. ronda-ronda jamu mata je.. malam dapat berita paksu sebelah suami jatuh sakit. ada kat hospital sekarang ni.. didoakan agar paksu cepat sembuh.. esok nak ajak hubby melawat paksu..

Wednesday, June 09, 2010

Nak kemana ye?

Dah hari rabu pun.. bermakna dah pertengahan minggu. Dok berfikir-fikir lagi nak bawak anak-anak makan angin time cuti sekolah ni. Ke mana ye? Asalnye nak ke Kuala Lumpur, tapi.. tengoklah. Ada sapa-sapa boleh bagi cadangan tak? Hari ni, anak bongsu ibu tu, masam je muka bila kena hantar ke rumah mak tih. Tau, mesti tak suka tu.. tapi ibu kena keja kan? Nanti ibu cuti panjang kita g jalan-jalan ye..

Tuesday, June 08, 2010

Cuti sekolah dah bermula...

Hari ni ibu terpaksa ambil EL. Anak bongsu ibu x nak ke rumah pengasuh. Nangis2 pagi tadi coz tak nak dihantar kerumah maktih. Takkan nak tinggalkan dia ngan akak dan abang? tak tau la apa nak jadi kalau dia ditinggalkan. so, keputusannya, ibu pun cuti la jawabnye..