Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa untuk semua.. anak-anak ibu, jangan tinggal puase ye.. Selamat bercuti jugak ye..

Thursday, August 20, 2009

Bila nak 5S pejabat?

Keadaan pejabat yang bersepah dan sunyi.. Ramai staf yang berkursus di Kuala Lumpur... Bila la nak kemas pejabat ni? Pagi tadi mesyuarat dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 3.30 petang. Penat betul dok dalam bilik mesyuarat tu. Anak-anak pun tak sempat nak tel... Ibu doa agar anak-anak ibu tak menghadapi apa-apa masalah masa nak kesekolah tadi..

Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS KHATAM QURAN PUTERI POS PULAU PINANG


Ustaz yang mendidik kami selama ini... Dah belas tahun dah belajar, ustaz tetap sabar dengan kerenah kami.

Tuesday, August 18, 2009

Musim demam..

Didoakan semoga semua sihat hendaknye. 4 pagi tadi, Hazmi terjaga tidur. Batuk pendek-pendek. Ibu dah susah hati ni. Semalam hujan lebat sangat. Hazmi ada asma, bila time-time cuaca sejuk macam ni, ibu risau la.. Kalau tersalah sikit, penyakit asma pasti menyerang. Ibu doa agar hazmi boleh bertahan dengan keadaan cuaca tak menentu ni. Pagi tadi dah bagi hazmi makan ubat batuk. Harap-harap tu, bolehlah sembuh. Cerita Acu pulak sekarang ni, dia dok susah hati, selepas selepas firdaus (suami acu) demam hari tu, dia tak sepenuhnya sihat lagi. Dah masuk 2 minggu ni, masih tak lalu makan .. Mudah-mudahan cepat sembuh hendaknya. Acik pulak demam jugak. Demam dah ok katanya, tapi masih pening lagi. Kena ke hospital tambah darah. Semoga allah melindungi semua... Kat office sekarang ni, pemakaian mask digalakkan. Posmen-posmen berisiko kerana terdedah dengan keadaan persekitaran kat luar. Yang bekerja kat pejabat macam saya ni pun, kena pakai. Tapi masih rimas lagi tak biasa kan.. Liya hari ni kat sekolah, mintak nak pakai mask, baguslah tu atas kehendak dia sendiri.

Monday, August 17, 2009

Balik Kampung, seronoknyer..

Majlis berendoi Ainun Syazana..


Rumah pusaka mak ngan abah..

posing sakan anak ibu ni..


Kampung ku..


Hari sabtu lepas, my hubby benarkan saya balik kampung sendiri. Thanks my hubby.. Second time drive sendiri. Sebelum ni, hubby x benarkan drive sendiri bawa anak-anak balik kampung sebab anak-anak kecik lagi. Takut diaorang buat hal dalam perjalanan. Kampung kelahiran saya di Tanjung Piandang, Perak. Banyak kenangan kat sana tau.. syahdu lah. Sebenarnya saya balik haritu sebab nak meraikan anak saudara buat majlis berendoi kat kampung. Beria dia ajak mak saudara ni balik kampung. Maklumlah, tak penah pun majlis berendoi ni, di buat dikampung. Best jugak. Diam je baby tu kat dalam ndoi tu. Selepas selesai berendoi, adalah jamuan sikit. Makan lagi... makin berisi le saye.. Layan gambar lah ye..