Hari jumaat ni, kesempatan diambil oleh staff untuk belajar memasak masakan Johor. Rehat 2 jam. Ada masa le nak belajar masak. Resipi hari ni, Asam Pedas Tumis dan Gado-Gado. Ada masa nanti, bolehlah tempekkan resipinya beserta gambarnya sekali kat sini ye. Sedap la.. selalunya asam pedas kat penang ni, cair sikit.. kali ni, agak pekat dan ... sedaplah.
Cerita anak-anak pulak. Alhamdulillah, anak-anak dah sihat. Sedih tengok diaorang diserang demam panas baru2 ni. Tiga-tiga sekali pulak tu. Susah hati jugak dibuatnye.. Dah sihat ni, senang sikit hati ibu.. Syukur pada allah.